Satu dalam Sejuta
Thursday, 10 May 2012 | 03:18 | 0 Words
Masih berdiri tegak. Teguh.
Tipu...........
Kadang-kadang jatuh. Bangun. Jatuh semula.
Dia. Si pemberi semangat. Setiap masa, saat dan selamanya.
Sakit, gembira, sedih, suka duka. Segalanya sudah dirasa.
Pahit, getir. Sudah muak menempuh.
Dugaan paling besar, melahirkan aku.
Di dunia. Dunia nyata, alam baru.
Aku tidak mengenal dunia. Aku cuma tahu menangis, senyum, ketawa. Kini, 15 tahun aku hidup dengannya. Sedih duka. Segalanya aku cerita.Cuma dia faham aku, tiada orang lain. Cuma dia tahu siapa aku, mungkin kamu tapi tidak sehebat dia. Dulu..... aku melawan, tidak medengar kata, degil. Ah itu semua dulu.
Kini........
Aku sudah besar panjang. Berfikiran matang. Positif itu lebih baik. Dulu, mungkin hanya tahu menangis, senyum dan ketawa. Tapi kini, aku dapat rasa macam mana terseksanya dia menjaga kami. Bukan terseksa apa, cuma kami tidak mendengar kata. Bukan sengaja, tapi entah kenapa. Maaf.
Pagi-pagi, suara dia menjadi muzik."Bangun! Pergi sekolah" Itu.
Keputusan peperiksaan. Itu yang dia minta. Buka buku rekod, keputusan. "3B2C1D" Mungkin. Tapi ini cuma contoh. Dia berkata "Tak apa, cuba lagi" Riak wajahnya. Tak ada apa. Biasa. Dalam hati aku tahu, dia kecewa. Sedih. Tapi disoroknya didalam hati. Diri rasa bersalah. Tak dapat jadi macam mereka yang dapat keputusan yang membanggakan.
"Usaha tangga kejayaan" Aku pegang ini. Mustahil? Tiada apa yang mustahil kalau berusaha. Cuma diri yang malas. Cuba untuk buang tapi gagal. Terus berusaha. Lawan. Tahun ini. PMR akan kuhadapi. Takut, gelisah. Semuanya bercampur. Takut tidak dapat beri yang terbaik. Hanya ini yang aku mampu buat. Mahu juga ku iringnya naik ke atas pentas jika 8A dapat aku genggam. Impian. Bangga. Menangis gembira. Kejayaan, siapa yang tidak mahu?
Hari ibu hampir tiba. Aku tidak memberi apa-apa. Jika diizinkan Allah, 8A menjadi hadiah terbesar buatnya. Amin. Si dia ini, aku maksudkan Ibu aku. Ya, hanya dia. Satu dalam sejuta. Tiada siapa dapat menggantinya. Carilah dicelah batu mana pun, tidak akan kau jumpa.
Si dia penceria setiap hariku. Ibu :)
Salam sayang,
Nursyafiqah










