My life and my heart story ❤


Satu dalam Sejuta
Thursday, 10 May 2012 | 03:18 | 0 Words
Masih berdiri tegak. Teguh. 
Tipu...........
Kadang-kadang jatuh. Bangun. Jatuh semula.
Dia. Si pemberi semangat. Setiap masa, saat dan selamanya.


Sakit, gembira, sedih, suka duka. Segalanya sudah dirasa.
Pahit, getir. Sudah muak menempuh.
Dugaan paling besar, melahirkan aku.
Di dunia. Dunia nyata, alam baru.

Aku tidak mengenal dunia. Aku cuma tahu menangis, senyum, ketawa. Kini, 15 tahun aku hidup dengannya. Sedih duka. Segalanya aku cerita.Cuma dia faham aku, tiada orang lain. Cuma dia tahu siapa aku, mungkin kamu tapi tidak sehebat dia. Dulu..... aku melawan, tidak medengar kata, degil. Ah itu semua dulu.

Kini........

Aku sudah besar panjang. Berfikiran matang. Positif itu lebih baik. Dulu, mungkin hanya tahu menangis, senyum dan ketawa. Tapi kini, aku dapat rasa macam mana terseksanya dia menjaga kami. Bukan terseksa apa, cuma kami tidak mendengar kata. Bukan sengaja, tapi entah kenapa. Maaf.

Pagi-pagi, suara dia menjadi muzik."Bangun! Pergi sekolah" Itu. 
Keputusan peperiksaan. Itu yang dia minta. Buka buku rekod, keputusan. "3B2C1D" Mungkin. Tapi ini cuma contoh. Dia berkata "Tak apa, cuba lagi" Riak wajahnya. Tak ada apa. Biasa. Dalam hati aku tahu, dia kecewa. Sedih. Tapi disoroknya didalam hati. Diri rasa bersalah. Tak dapat jadi macam mereka yang dapat keputusan yang membanggakan. 

"Usaha tangga kejayaan" Aku pegang ini. Mustahil? Tiada apa yang mustahil kalau berusaha. Cuma diri yang malas. Cuba untuk buang tapi gagal. Terus berusaha. Lawan. Tahun ini. PMR akan kuhadapi. Takut, gelisah. Semuanya bercampur. Takut tidak dapat beri yang terbaik. Hanya ini yang aku mampu buat. Mahu juga ku iringnya naik ke atas pentas jika 8A dapat aku genggam. Impian. Bangga. Menangis gembira. Kejayaan, siapa yang tidak mahu? 

Hari ibu hampir tiba. Aku tidak memberi apa-apa. Jika diizinkan Allah, 8A menjadi hadiah terbesar buatnya. Amin. Si dia ini, aku maksudkan Ibu aku. Ya, hanya dia. Satu dalam sejuta. Tiada siapa dapat menggantinya. Carilah dicelah batu mana pun, tidak akan kau jumpa. 


Si dia penceria setiap hariku. Ibu :)
Salam sayang,     
Nursyafiqah      
         
Haters. Stay away!
Saturday, 7 January 2012 | 16:04 | 0 Words

Assalamualaikum. Semalam saya ada bukak formspring. Ehem. Nak kata terkejut tk lah juga tp mmg buat saya sentap habis ah. Tahniah HATERS! Tak sangka, org yang mcm saya pun ada org benci. K saya tau, mungkin disebabkan mulut saya. Saya tak reti jaga mulut as many people said. Example like this 'Kalau kau pakai purdah sekalipun tp mulut tu mcm pfft tak guna juga' Maaf kalau terasa. Kalau tk percaya, bacalah bawah ni. Saya sedih sangat. Dia menghina, dan saya rasa sangat terhina. Moga Tuhan balas jasa awak kerana awak menghina dan mencaci ciptaanNya. Saya kuat. *muscle.jpg*


Dan...... ada lagi satu. Ada yang kata saya pakai pashmina just sebab fashion. Memang kebetulan saya start bertudung time fashion hana tajima and all that tengah hot meletups kebaboom. Itu cuma kebetulan. Faham tak ? KEBETULAN. Awak cakap saya pakai tudung tak menutup dada lah, pakai baju ketat lah, pakai skirt jarang lah. Yeye saya tau, tp tu dulu. Masa saya tak pkai tudung dengan betul lagi atau dlam bahasa yang betul nya, tak istiqamah lagi. Hamik kau. *baling tisu* awak tak boleh kata saya tipu. Sekalipun jangan. And siapa awak untuk ckap 'alaah, yg fashion mcm hana tajima, pashmina semua tu pkai tudung bukannya ikhlas pun' Hah, sangatlah mata keatas tangan dibahu -,- SIAPAKAH AWAK UNTUK BERKATA BEGITU ? Niat penting and hanya diri orang tu je yang tau apa niat dia. Ke awak ni boleh baca isi hati org ? Ahh langsung tak scary. Maaf kalau entry ni buat awak terasa dan tambah benci dengan saya. Saya takkan biarkan orang jatuhkan maruah saya macam awak jatuh tergelincir terpijak kulit pisang. Eh ? Dear haters, can you please stop with this ? Can you ? Bash orang sana sini. Eh bash orang dapat gaji tak. if dapat boleh ah tumpang. Nanti makcik kayoo. Lol. Awak tu tak perfect. Kadang-kadang pakai seluar pun lupa nak zip. So please. STOP! Gambar bawah ni bukti mcm mana cara saya pakai pashmina :-]



Nampak tak ? Dah cukup keustazahan kan gmbar saya ? Puas tengok ? Terima kasih dan sila jangan mengutuk orang lagi terutama gadis-gadis yang bertudung. Sekian.